Movie review score
5
Seekor anjing terrier bernama Max mempunyai hidup yang gembira sebelum pemiliknya membawa pulang seekor anjing kacukan bernama Duke yang membuat hidupnya kucar-kacir. Pada mulanya kedua-dua mereka bermusuhan, tetapi apabila seekor arnab bernama Snowball membina bala tentera daripada haiwan-haiwan terbiar untuk merancang membalas dendam terhadap semua haiwan peliharaan dan pemilik mereka, Max dan Duke telah bekerjasama untuk menentang Snowball.
Bahasa: Inggeris
Klasifikasi: U
Tarikh Tayangan: 8 September 2016
Genre: Animasi
Durasi: 1 Jam 31 Minit
Pengedar: United International Pictures
Pelakon: Louis C.K., Eric Stonestreet, Kevin Hart, Albert Brooks, Hannibal Buress, Bobby Moynihan, Lake Bell, Ellie Kemper, Steve Coogan
Pengarah: Chris Renaud, Yarrow Cheney
Format: 2D, 3D, 2D ATMOS
Ulasan Santai:
Sebuah filem animasi yang sesuai ditonton oleh semua lapisan masyarakat. Watak-watak yang dicipta sungguh comel. Dengen menonton filem ini kita barulah kita tahu macam mana kehidupan haiwan peliharaan kita meneruskan hidup saat kita keluar bekerja, ke sekolah atau ke kuluah. Namun, fokus cerita bukan tertumpu pada hal itu semasa. Tapi, fokus cerita lebih kepada misi menyelamatkan Max dan Duke yang telah hilang disebabkan diburu oleh sekumpulan hiwan liar yang terbiar. Jujur, arnab tu walaupun jadi ketua gengster, tapi watak dialah yang paling cute dan comel ya amat! Dari 5 bintang aku kasih 4 bintang untuk filem ini.

