Movie review score
5

Sinopsis

Berikutan penyebaran wabak virus yang telah menyebabkan hampir seluruh manusia mati, seorang wanita muda merakam hidup baru keluarganya dalam kuarantin dan cuba melindungi adiknya yang dijangkiti.

Bahasa: Inggeris
Klasifikasi: 18
Tarikh Tayangan: 15 September 2016
Genre: Seram / Fiksyen Sains
Durasi: 1 Jam 26 Minit
Pengedar: GSC Movies
Pelakon: Sofia Black-D’Elia, Analeigh Tipton, Travis Tope, Ariel Schulman
Pengarah: Henry Joost
Format: 2D

Ulasan Santai: 
Cerita ni adalah serba sedikit macam siri The Purge. Cuma The Purge bagi aku lagi menariklah. Bunyi sirent bebas membunuh dan undang-undang tu kalau dengar agak mengerunkan. Tapi yang kali ni, nak kata zombie pun bukan. Nak kata lintah macam bukan. Aku tak pasti apa kaitan tajuk Viral tu dengan cerita ni. Mungkin nama parasit lintah tu Viral kut. Hahaha... dari 5 bintang aku kasi 2 bintang sajer.

Malangnya cerita ni bila mana, baru masuk panggung Malaysia sedangkan kat luar negara dah bersepah file versi WebRip dia beredar. Rasanya dah berkurun lama dulu movie dah masuk internet. So, agak merugikan bagi GSC kerana ambil movie ini untuk di tayangkan di Malaysia sebab orang dah tengok cerita ni dulu kat internet.

Leave a Reply